NANG ORI merujuk kepada Bahasa Melayu Sarawak yang membawa maksud produk yang memang asli. Nang bermaksud “Memang” manakala Ori membawa maksud “Asli” (original). Slogan ini memberi erti bahawa Lada Sarawak NANG ORI sememangnya produk yang betul-betul asli, tiada bahan campuran dan berasal dari negeri Sarawak.
JOEYEES VENTURES & JOEYEES TRADING SDN BHD merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang dimiliki oleh Puan Awaeang anak Kwasin, seorang usahawan wanita Bidayuh berasal dari Kuching Sarawak. Jenama NANG ORI telah mula diperkenalkan sejak dari tahun 2016.
Joeyees Trading Sdn Bhd merupakan pengeluar, pemborong, & pembekal pelbagai produk lada Sarawak secara ladang persendirian mahupun daripada berkerjasama dengan pekebun-pekebun Lada Sarawak di sekitar kawasan pendalaman Sarawak. Dalam masa yang sama, turut membantu golongan wanita dan suri rumah untuk menaja pendapatan dari rumah hanya dengan menjual produk berasaskan Lada Sarawak.
Syarikat ini ditubuhkan untuk mengeluar dan mengeksport lada Sarawak secara pukal atau pembungkusan (packaging) serta perkhidmatan jual beli kepada pelanggan-pelanggan. Justeru itu syarikat ini mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan.
Puan Awaeang Anak Kwasin Puan Awaeang Anak Kwasin lebih dikenali sebagai Puan Awin merupakan pengasas (founder ) jenama NANG ORI dan juga tunjang utama bagi syarikat ini. Beliau merupakan wanita Bidayuh dan Dayak pertama yang memegang lesen untuk memborong dan mengexport Lada Sarawak.
Beliau seorang insan yang sangat bercita-cita tinggi dan bermatlamat untuk melakukan yang terbaik dalam segala hal.
Mengambil Diploma Akauntasi dari Politeknik Kuching dan Ijazah Saujana Muda Pengurusan dari USM Pulau Pinang.
Beliau telah menceburi diri dalam bidang perniagaan dan bidang pengurusan sumber manusia dari tahun 2005.
Berasal dari keluarga petani dan membesar dengan hasil lada hitam memberi semangat kepada Puan Awin ingin meneruskan perjuangan ibu bapa dan orang kampung untuk terus memajukan produk lada hitam dengan jenama Nang Ori ke tahap yang lebih berkualiti dan berdaya saing.
Pada tahun 2022, Puan Awaeang Kwasin juga telah dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam Lembaga Lada Malaysia mewakili pihak pemain industri bagi sama-sama merealisasikan matlamat Lembaga lada Malaysia iaitu meningkatkan pengeluaran dan pendapatan penggiat industri Lada, memperkukuhkan pengeluaran dan daya saing dalam industri serta memastikan kemampanan industri lada negara.
Dengan berprinsipkan perniagaan beliau ”DALAM REZEKI KITA, TERSELIT REZEKI ORANG LAIN” Puan Awaeang ingin berkongsi rezeki bersama Komuniti Pekebun Lada dan Usahawan Nang Ori untuk sama-sama mencari rezeki bersama dengan penanaman Lada mahupun pelbagai produk inovasi yang berasaskan Lada Sarawak, antara lada terbaik di dunia.
Pn. Awaeang Anak Kwasin
Pengarah Nang Ori